APAKAH REKA BENTUK RESOS?
Berdasarkan
guru dan cabaran semasa tulisan Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki
bin Miskun rekabentuk resos merupakan suatu proses sistematik untuk merekabentuk,
membangun, melaksana dan menilai bahan pengajaran sains untuk mencipta
spesifikasi resos pengajaran dengan terperinci untuk pengembangan, penilaian
dan penyelenggaraan.
Seringkali kita mendengar perkataan resos dalam kalangan guru. Malahan
kita juga akan terjumpa sebuah bilik khas yang diberi nama bilik resos di
sekolah.
Tetapi apabila disemak-semak dalam EN Google, tiada
istilah resos yang dijumpa. Malahan
di dalam buku juga definisinya kurang jelas.
Namun begitu, setelah dikaji makna sebenar resos di dalam
kepelbagaian sumber rujukan, baharulah kami sedar bahawa perkataan ‘RESOS’ itu
diperoleh daripada perkataan ENGLISH iaitu resource.
Maka makna sebenar-benar resos adalah sumber dan definisi bagi bilik resos ADALAH bilik sumber. Justeru, dalam kalangan guru bilik sumber begitu dekat sekali dengan sumber P&P contohnya bahan bantu mengajar (BBM).
Maka makna sebenar-benar resos adalah sumber dan definisi bagi bilik resos ADALAH bilik sumber. Justeru, dalam kalangan guru bilik sumber begitu dekat sekali dengan sumber P&P contohnya bahan bantu mengajar (BBM).
MODEL REKA BENTUK RESOS
1. Model
Berorientasikan bilik darjah
Model
berorientasikan bilik darjah tidak menggalakkan guru membina bahan.
Guru hanya memilih media yang sesuai dengan objektif pengajarannya bukan
membina media seperti dalam model yang berorientasikan sistem.
Model-model ini tidak berhajat
menjadikan guru sebagai pembina bahan kerana tugas guru lebih banyak
ditumpukan kepada pengajaran. Guru hanya merancang pelajaran untuk satu atau dua waktu dan
menyediakan reka bentuk pengajaran sebelum masuk ke bilik
darjah.
Contoh-contoh model RP beroreintasikan bilik darjah adalah model Gerlach dan Ely (1980),
model ASSURE (1996),model Kemp (1985) dan model Dick dan Reiser (1989). Berikut adalah dua contoh model berkenaan:
Dalam model ASSURE (Heinich, Molenda, dan Russell , 1993)
terdapat enam langkah:
(a) A - Analyse learners (Analisis
pelajar),
(b) S - State
objectives (Nyatakan objektif),
(c) S - Select media and
materials (Pilih media dan bahan),
(d) U - Utilise media
and materials (Gunakan media dan bahan),
(e) R - Require learner
participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran),
(f) E - Evaluation/reviem (Penilaian/Semak
semula bahan).
Dalam model Dick dan Reiser (1989
) terdapat Lapan langkah:
(a)
Tentukan matlamat,
(b) Analisis ciri pelajar,
(b) Analisis ciri pelajar,
(c)
Tulis objektif,
(d)
Pilih/semak buku teks,
(e)
Bina ujian,
(f) Bina
aktiviti pengajaran,
(g)
Pilih media pengajaran,
(h)
Laksana pengajaran.
2. Model berorientasikan produk
Contoh model yang berorientasikan produk adalah model Van Patten (1989), model
Leshin, Pollock dan Reigeluth (1990) dan model Bergman dan Moore (1990).
Contoh model yang berorientasikan produk adalah model Van Patten (1989), model
Leshin, Pollock dan Reigeluth (1990) dan model Bergman dan Moore (1990).
3. Model berorientasikan sistem
Contoh model
yang berorientasikan sistem adalah model IDI (1973),
model IPISD (1975), model Dick dan Carey (1979), model Diamond (1989) dan model
Seels dan Glasgow (1990). Berikut adalah contoh bagi produk dan satu
contoh bagi sistem.
i) Dalam model jenis produk Leshin,
Pollock dan Reigeluth (1990) terdapat tujuh langkah:
a. Analisis
masalah,
b. Analisis
domain,
c. Analisis
dan susun tugasan,
d. Analisis
dan susun isi sokongan pelajaran,
e. Tentukan
peristiwa dan aktiviti pengajaran,
f. Lakukan
reka bentuk mesej interaktif,
g. Nilai
pengajaran.
ii) Dalam model jenis sistem Dick
dan Carey (1979) terdapat sembilan langkah:
a. Kenal
pasti matlamat pengajaran,
b. Buat
analisis pengajaran,
c. Kenal
pasti ciri dan perlakuan peringkat masuk pelajar,
d. Tulis
objektif prestasi,
e. Bina
item ujian rujukan kriteria,
f. Bina
strategi pengajaran,
g. Bina
dan pilih bahan pengajaran,
h. Reka
bentuk dan jalankan penilaian formatif,
i. Semak
semula pengajaran.
PERINGKAT REKA BENTUK RESOS
dalam
peringkat merekabentuk resos, guru perlu juga mengambilkira aspek
perancangan
pengajaran yang akan dilaksanakan. Untuk memastikan pengajaran yang baik dapat
dilaksanakan, reka bentuk resos pengajaran yang sesuai haruslah
dipertimbangkan. Peringkat reka bentuk resos ialah:
1.Analisis Murid
Merangkumi
tiga perkara iaitu ciri-ciri umum, kompentensi khusus peringkat masuk dan gaya
pembelajaran. Ciri-ciri umum meliputi umur, tahap, tingkatan dan latar
belakang sosioekonomi.
2.Nyatakan Objektif
Merupakan
penyataan yang menentukan tingkah laku spesifik yang boleh diukur dan dilakukan
murid setelah mengikuti sesuatu pengajaran. Menyatakan objektif dapat membantu
guru dalam merancang resos pengajaran.
Pemilihan kaedah, media
dan bahan adalah berdasarkan tingkat kebolehan murid, dan objektif pengajaran.
Oleh kerana kebiasaanya setiap kelas terdiri daripada murid pelbagai
kebolehan, berkumpulan dan pengajaran secara kelas. Justeru penggunaan media
dan bahan perlulah pelbagai.
Pada peringkat ini terdapat beberapa langkah yang perlu dipertimbangkan antaranya adalah seperti berikut :
- beri gambaran awal tentang bahan yang
akan digunakan
- penyediaan bahan
- sediakan persekitaran yang sepadan untuk
pengajaran yang menggunakan bahan yang
dipilih
dipilih
- sediakan murid menerusi set induksi atau
pernyataan objektif
- sediakan pengalaman pembelajaran supaya
pengajaran dapat dilaksanakan dengan
berkesan dan diingati oleh murid.
berkesan dan diingati oleh murid.
3.penglibatan murid
la penting untuk
memastikan pembelajaran benar-benar berlaku. Aktiviti yang boleh
dijalankan untuk melibatkan murid ialah seperti latih tubi, latihan, kuiz dan sebagainya.
guru juga boleh melibatkan murid dalam kaedah berkumpulan.
dijalankan untuk melibatkan murid ialah seperti latih tubi, latihan, kuiz dan sebagainya.
guru juga boleh melibatkan murid dalam kaedah berkumpulan.
4.penilaian
Nilai dan semak
adalah penting untuk melihat keberkesanan sesuatu perkara serta untuk
menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan keberkesanannya. Penilaian meliputi
pencapaian murid berdasarkan kemahiran, sikap dan objektif.
menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan keberkesanannya. Penilaian meliputi
pencapaian murid berdasarkan kemahiran, sikap dan objektif.
LIHAT CONTOH BAHAN BANTU MENGAJAR DI BAWAH.....
Comel kan resos pengajaran di atas?
Inilah sumber pengajaran 2D. antara
ciri-ciri yang perlu ada di dalam rekabentuk resos adalah;
- Kos yang berpatutan
(boleh juga guna bahan terbuang asalkan ia bermanfaat untuk proses p&p
- yang kedua mempunyai identiti
kebangsaan
- yang ketiga menepati arahan dan kurikulum
- Bersesuaian dengan pencapaian
murid
JENIS-JENIS RESOS
PENGAJARAN
CONTOH video e-buku
klik di sini : http://www.youtube.com/watch?v=CIOVY_loRHU
Lagi DAN lagi tentang e-buku....
CONTOH e-majalah dalam bentuk VCD
klik di sini: http://www.youtube.com/watch?v=AfWEHyqaBWw&feature=relmfuklik di sini http://www.youtube.com/watch?v=4SIkJnt_i20
contoh akhbar elektronik dalam cerita Harry potter
CONTOH GRAFIK (RESOS 2D)
CONTOH DIORAMA ORIGAMI (RESOS 3D)
MARI KITA LIHAT PERBANDINGAN ANTARA RESOS 3D DAN 2D
KESAN KELEBIHAN
REKA BENTUK RESOS
Reka bentuk resos mempunyai
banyak memberikan manfaat dan kelebihan kepada guru dan murid khususnya jika
digunakan dengan bijaksana. Antara kelebihan reka bentuk resos ialah memberikan
banyak sumber maklumat kepada guru untuk mengajar. Ini akan menjadikan guru
lebih kreatif dan cekap.
Guru dan murid juga boleh
mengakses maklumat daripada pelbagai sumber. Selain itu, guru juga boleh mempelbagaikan
PnP di dalam kelas. Kepelbagaian PnP di dalam kelas akan menarik minat murid
untuk belajar.
Di samping dapat mengemaskini bahan-bahan pengajaran dengan lebih bersistematik. Reka bentuk resos juga dapat menjimatkan masa guru untuk melaksanakan PnP.
Di samping dapat mengemaskini bahan-bahan pengajaran dengan lebih bersistematik. Reka bentuk resos juga dapat menjimatkan masa guru untuk melaksanakan PnP.
No comments:
Post a Comment