REKABENTUK PENTAKSIRAN


KLIK DI SINI http://www.youtube.com/watch?v=TEJYmH57_Z4


DEFINISI REKABENTUK PENTAKSIRAN


Menurut kamus dewan edisi keempat, rekabentuk adalah corak atau bentuk sesuatu yg direka manakala pentaksiran merupakan proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai,mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.

      Noraini Idris (2005) menyatakan pentaksiran merupakan sebahagian daripada aktiviti penilaian yang melibatkan suatu proses pengumpulan maklumat secara berterusan dengan tujuan untuk menguji hipotesis, membuat keputusan dan mengemukakan soalan.

       Maka berdasarkan penggabungjalinan definisi rekabentuk dan pentaksiran maka kami menyimpulkan rekabentuk pentaksiran merupakan sesuatu corak atau bentuk direka yang merangkumi aktiviti  menghurai,mengumpul,merekod,memberi skor  dan menginterpretasi maklumat tentang hasil  pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan  tertentu. 




REKABENTUK PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

1. Pentaksiran Sebagai Pembelajaran (assessment as learning)
Ini adalah proses membentuk dan menyokong metakognisi bagi setiap murid. Pentaksiran sebagai pembelajaran memberi tumpuan atau memberi fokus terhadap peranan murid sebagai penghubung yang kritikal antara pentaksiran dan pembelajaran. Apabila murid bersifat aktif, terikat dengan pembelajaran dan berupaya menjadi pentaksir yang kritikal biasanya mereka memahami dan berupaya mengesan informasi dan maklumat, menghubungkaitkan informasi dan maklumat kepada pengetahuan berkaitan dan menggunakannya untuk tujuan pembelajaran.

2. Pentaksiran Untuk Pembelajaran (assessment for learning)
Ini adalah untuk membolehkan guru mendapatkan informasi bagi tujuan memodifikasikan dan mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ianya memaklumkan cara dan kaedah kebiasaan pembelajaran murid, dan mengenal pasti corak dan kaedah serta jalan yang diambil oleh murid dalam pembelajaran mereka. Ia memerlukan rekabentuk yang teliti dari guru agar informasi hasilan keputusan dapat menentukan bukan sahaja apa yang diketahui oleh murid tetapi turut mendapat pandangan mendalam bagaimana, bila dan sama ada murid sudah boleh mengaplikasi apa yang mereka tahu atau pelajari dalam pembelajaran mereka.

3. Pentaksiran Kepada Pembelajaran (assessment of learning)
Ini adalah berbentuk sumatif secara semulajadi dan digunakan untuk memastikan apa yang diketahui dan apa yang murid boleh lakukan, mendemostrasikan sama ada mereka berjaya mendapatkan atau memahami kehendak hasilan kurikulum serta kebiasaannya, menunjukkan bagaimana mereka ditempatkan atau diletakkan dan dihubungkaitkan dengan yang lain. Guru memberi tumpuan dan penekanan dalam memastikan mereka telah menjalankan dan menggunakan pentaksiran bagi tujuan memberikan dan membekalkan kenyataan yang tepat dan bermakna terhadap kebolehan murid. 




PERINGKAT PELAKSANAAN PENTAKSIRAN

1. Merancang
Peringkat sebelum sesuatu pentaksiran dilaksanakan. Ini memerlukan guru merancang perkara-perkara berikut:
                - Mengenal pasti murid yang hendak dinilaii
                - Menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai
                - Menentukan instrumen yang hendak digunakan
                - Menentukan aspek yang hendak diperhatikan
                - Menentukan  tempoh masa pemerhatian
                - Menentukan bila hendak menjalankan penilaian dan pentaksiran

2. Membina Instrumen
Semasa membina instrument, guru hendaklah pastikan bahawa instrumen tersebut perlulah mempunyai ciri-ciri berikut :
                - Tujuan yang jelas
                - Menepati apa yang hendak dinilai
                - Item boleh diukur
                - Setiap item hanya mengukur satu kemahiran sahaja

3. Melaksanakan Instrumen
setelah reka bentuk siap dirancang, guru haruslah memikirkan bagaimana sesuatu pentaksiran tersebut akan dilaksanakan. Dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, pentaksiran dan penilaian boleh dilakukan melalui pemerhatian. Pemerhatian ialah pengamatan kepada perlakuan murid yang bersesuaian dengan perkembangan mereka. Dalam konteks pentaksiran, pemerhatian adalah satu kaedah yang sisitematik untuk mengumpul data atau maklumat dan merekodnya dengan tepat. 



JENIS-JENIS REKABENTUK PENTAKSIRAN

Rekabentuk pentaksiran dilaksanakan ke dalam program Pendidikan seperti  KBSM pada tahun 1988, KBSR tahun 1982 dan KSSR tahun 2011


PELAKSANAAN KBSR&KBSM

Peperiksaan berpusat seperti UPSR, PMR SPM dan STPM. Soalan peperiksaan digubal berasaskan kemahiran melalui ujian pencapaian,pemberian gred dan peratus kepada pencapaian murid merujuk kepada kedudukan di dalam kelas.



KORELASI PBS, SPPK dan KSSR

Sebelum kita berbincang mengenai hubungan antara PBS, SPPK dan KSSR marilah kita sama-sama menghayati kata-kata Menteri Pelajaran Malaysia selaku Timbalan Perdana Menteri.



KOMPONEN PBS/PENAKSIRAN SPPK

PENTAKSIRAN BERSIFAT AKADEMIK;
i. Pentaksiran Pusat
  • Dilaksanakan oleh sekolah menggunakan instrumen dan garis panduan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Pentaksiran ini melibatkan kerja khusus dan projek lisan.
ii. Pentaksiran Sekolah
  • Pentaksiran Sekolah pula melibatkan mata pelajaran teras dan elektif.   Ia  dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak sekolah.

PENTAKSIRAN BUKAN AKADEMIK;
i. Pentaksiran Psikometrik
  • Dilaksanakan di peringkat sekolah untuk mengukur kebolehan semula jadi, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid.

 ii. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan  Kokurikulum (PAJSK).
  • PAJSK adalah pentaksiran yang dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang kapasiti dan potensi jasmani, sukan dan kokurikulum yang dikawal secara harmoni oleh kapasiti dan proses mental seseorang individu murid  supaya pertumbuhannya dapat dipantau dan diperbaiki


CIRI-CIRI REKABENTUK PENTAKSIRAN



PERBEZAAN KBSR&KBSM, KSSR




1 comment:

  1. crowded sgt la...
    bley x bsrkn cursor tu...
    just giving some suggestion...

    ReplyDelete