Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan
menyediakan maklumat berguna bagi mempertimbangkan pilihan yang ada
Selain itu, penilaian juga merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai
kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam
pembelajaran
Namun begitu, ia juga merupakan satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.
Penilaian juga merangkumi aspek pengujian dan pengukuran. Maka berdasarkan penggabungjalinan definisi rekabentuk dan penilaian maka kami menyimpulkan rekabentuk penilaian merupakan sesuatu corak atau bentuk direka untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran.
TUJUAN & KEPENTINGAN PENILAIAN
- Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar bagi membandingkan pencapaian pelajar dengan rakan rakan sekelas atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.
- Membantu guru dalam membuat perbandingan antara seseorang pelajar dengan rakan-rakannya atau antara kelas tersebut dengan kelas yang lain.
- Membuat perbandingkan pencapaian pelajar dalam subjek tersebut dengan pencapaian dalam subjek lain.
- Mengenal pasti pelajar yang tinggi dan lemah keupayaan bagi menentukan aktiviti pemulihan dan pengayaan
- Membantu guru dalam membuat jangkaanterhadap potensi atau bakat pelajar terhadappembelajaran.
- Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.
- Melalui ujian penilaian yang dilakukan gurudapat berusaha meningkatkan keberkesananpengajaran mereka.
- Pelajar berpeluang mengetahui kelemahandalam sesuatu kemahiran atau bidang dansegera memperbaikinya.
Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan
menyediakan maklumat berguna bagi mempertimbangkan pilihan yang ada
Selain itu, penilaian juga merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai
kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam
pembelajaran
Namun begitu, ia juga merupakan satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.
Penilaian juga merangkumi aspek pengujian dan pengukuran. Maka berdasarkan penggabungjalinan definisi rekabentuk dan penilaian maka kami menyimpulkan rekabentuk penilaian merupakan sesuatu corak atau bentuk direka untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran.
PROSEDUR DALAM PENILAIAN
1.Persediaan Ujian.
2.Pentadbiran Ujian (Pemilihan Lokasi).
3.Pemeriksaan Dan Pengukuran Ujian.
4.Buat Analisis.
5.Interpretasi / Dapatan / Tindakan
JENIS-JENIS PENILAIAN
Penilaian Sumatif
-Menentukan tahap penguasaan murid dlm keseluruhan kursus. contohnya,
ujian akhir tahun, SPM, PMR, UPSR.
-Untuk tujuan pemilihan dan penempatan
-Mendapat gambaran secara holistik dan tepat mengenai
prestasi murid.
Penilaian Formatif
-Menentukan thp penguasaan murid dlm
keseluruhan kursus. Contohnya,
ujian akhir tahun, SPM,
PMR, UPSR.
-Untuk tujuan pemilihan dan penempatan.
-Mendapat gambaran secara holistik dan tepat mengenai
prestasi murid.
-Punca kelemahan murid dpt dikesan.
-Menentukan kesediaan murid utk
mengikuti pelajaran berikutnya.
-Meningkatkan motivasi murid utk
belajar.
PERBEZAAN BENTUK PENILAIAN KBSR&KSSR
KAEDAH PENILAIAN DALAM PENTAKSIRAN
1. Pemerhatian
Dibuat
apabila sukar hendak dikesan melalui kaedah lisan atau melalui kerja bertulis
para murid. Biasanya penilaian dibuat melalui sikap, perlakuan, proses atau
hasil kerja amali, lukisan, kraf tangan dan sebagainya.
2. Lisan
Mengesan
secara serta merta tentang penguasaan pengetahuan, kefahaman, konsep,
kemahiran, perlakuan amalan dan sikap murid. Biasanya penilaian jenis ini
dilaksanakan melalui aktiviti seperti bersoal-jawab, perbincangan, kuiz,
hafazan, bercerita dan sebagainya.
3. Kerja
Bertulis
Melibatkan
aktiviti menyemak dan memeriksa hasil tugasan daripada kerja bertulis para
murid seperti lembaran kerja ujian bertulis, laporan projek, karangan, taksir
graf, peta, jadual atau carta. Setiap penilaian dan pentaksiran hendaklah
dikendalikan oleh guru untuk menilai sendiri muridnya secara berterusan
berdasarkan hasil pembelajaran yang telah ditentukan. Ketika merekabentuk
pentaksiran, terdapat dua Proses pelaksanaan pentaksiran yang peril
dipertimbangkan oleh guru. Peringkat tersebut adalah peringkat merancang dan
membina instrumen.
No comments:
Post a Comment