Dinamakan sebagai Blog Pena Dua Minda adalah kerana, tugasan ini dilaksanakan oleh guru pelatih tahun akhir (semester lapan) IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka iaitu Noraziyanah binti Md Jais dan Siti Aminah binti Ismail dari unit PISMP Pendidikan Khas 3, Ambilan Januari 2009.
Tugasan ini dilaksanakan dalam bentuk perisian i-THINK. Namun begitu, kami juga telah memaparkan maklumat dalam bentuk teks,jadual,video,visual,power point serta link-link nota tambahan yang berkaitan bagi memantapkan lagi kefahaman mengenai tajuk ini.
Reka Bentuk Resos, Pentaksiran serta Penilaian dilaksanakan untuk menilai tahap keberkesanan sistem pendidikan di Malaysia bagi memenuhi keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi emosi, sahsiah dalam bersosialisasi, akhlak yang mulia dan kecergasan fizikal yang seiring dengan kecerdasan intelek.
Perbincangan mengenai perbandingan reka bentuk resos tradisional dan moden yang digunakan dalam bidang pendidikan merupakan pengetahuan yang perlu diketahui oleh para pendidik bagi memastikan kaedah, teknik dan strategi pengajaran guru dan pembelajaran murid adalah seiring dengan perkembangan dunia zaman kini.
Tugasan ini juga akan membincangkan jenis-jenis pentaksiran dan penilaian yang dipraktikan bagi menilai tahap pencapaian pelajar dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
Sumber dan bahan rujukan di dalam blog ini diperolehi daripada buku rujukan dan laman web yang berkaitan dengan tajuk yang dibincangkan.
Akhir kata daripada kami berdua;
“Alhamdulillah, diharapkan kewujudan blog
Pena Dua Minda ini dapat dimanfaatkan oleh semua bakal guru, Agen Pendidikan Negara serta masyarakat terutamanya ibu bapa yang memberikan sepenuh kepercayaan kepada para guru untuk mendidik cahaya mata anda di sekolah. Sekiranya datang menjenguk, mohon agar sudi-sudi
berkongsi maklumat tambahan berkenaan tajuk ini melalui pembacaan dan pengalaman sendiri terutamanya ibu bapa sewaktu mesyuarat PIBG dan sebagainya, agar sebaris ilmu yang
disampaikan dapat memperbetulkan seribu kesilapan hasil pemahaman minda kami.
Semoga blog ini memberikan seribu manfaat kepada semua. Amin.”