BULETIN


mengapa kita asyik MENGELUH..MENGELUH DAN TERUS MENGELUH?
mengapa kita masih terus salah menyalahi?
mengapa tidak kita gunakan akal yang diberi untuk berfikir?

tahukah manusia bahawa kita adalah hamba Allah yang TERISTIMEWA? anda tahu mengapa? mesti semua sedang berfikir bukan? Yaaa itulah keistimewaan manusia..DIANUGERAHI AKAL UNTUK BERFIKIR,sebab itu akal duduknya tempat paling tinggi sekali dalam sistem tubuh badan manusia..

Anda tahu Al-Quran itu mukjizat teragung daripada Allah S.W.T? lihat dunia luar sana mereka mengkaji anugerah ini untuk menjadi bangsa yang berjaya..sedangkan KITA? 

MASIH TETAP MENGELUH 
MASIH TETAP MENYALAHI
MASIH TIDAK MAHU BERSATU HATI!


Di petang yang berbahagia ini marilah kita sama-sama membaca,merenung INOVASI negara JEPUN& RAKYAT Finland sendiri..JEPUN sebuah negara yang begitu banyak inovasi dan di Malaysia juga banyak produk2 dari negara tersebut..inikah Dasar Pandang Ke Timur yang mulai terserap dalam minda kita?





KOSMO: 21 Oktober 2011

TOKYO - Sebuah motosikal di negara Jepun menggunakan najis manusia sebagai sumber kuasa.
Ia yang dinamakan Motosikal Tandas Neo, dibina oleh firma tandas, Toto, dalam usaha membantu mengurangkan asap karbon dioksida sebanyak 50 peratus dalam tempoh enam tahun.
Dilengkapi tandas modifikasi dan makmal bergerak untuk memproses najis, kenderaan beroda tiga itu boleh bergerak selaju 80 kilometer (km) sejam.
Jika semua itu tidak cukup canggih, motosikal berkenaan juga boleh bercakap dan menulis mesej di udara dengan menggunakan sistem pengimejan cahaya.
Ia kini dipandu uji dalam sesi jelajah sejauh 960km di Jepun dan dijadualkan tiba di Tokyo pada 2 November ini.
Pada awal tahun ini, seorang lelaki melakukan perjalanan sejauh 20,000km mengelilingi Australia dengan menaiki sebuah motosikal berkuasa lemak ikan dan jejari kentang. - Agensi





TRAK El kamina yang menggunakan kayu api sebagai bahan bakar.



KOSMO: 17 April 2011
HELSINKI - Tidakan/ tahan dibebani harga petrol yang melambung tinggi, seorang lelaki di Finland mengubah suai sebuah trak pikap miliknya bagi membolehkan kenderaan itu bergerak dengan menggunakan kuasa kayu api, lapor sebuah akhbar semalam.
Setelah mengalami pengubahsuaian, enjin V6 trak jenis Chevrolet milik Juha Sipila kini dijana asap daripada dapur kayu api yang dipasang di belakang trak tersebut.
Pada kapasiti penuh, dapur tersebut boleh diisi dengan kayu api yang mencukupi untuk menggerakkan trak itu sejauh 1,280 kilometer.
Lelaki itu mendakwa, traknya boleh mencapai kelajuan maksimum 144 kilometer sejam dan dia menamakan kenderaannya El Kamina yang bermaksud dapur dalam bahasa Finland.
Teknologi dapur kayu itu yang pertama kali digunakan pada kenderaan semasa kekurangan bekalan petrol ketika Perang Dunia Kedua, didapati lebih mesra alam berbanding enjin petrol atau diesel. - Agensi



Akhir kalam,
kitalah yang menentukan berjayakah kita dalam mencapai sebuah matlamat yang sering dimimpikan!jika maklumat ini diperlekehkan cuba dengar nasihat yang lain2..contoh,kongsi kenderaan..guna perkhidmatan awam..mungkin leceh,tapi itulah yang dinamakan bersatu hati. :)

No comments:

Post a Comment